0

Tahun 2020 ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan begitu unik. Saat pandemik COVID 19 belum reda dan mungkin jauh lagi untuk virus ini hilang, pelbagai cara kita beradaptasi dengan ‘style’ Raya yang baru tidak seperti kelaziman kita setiap tahun ‘style’ menyambut Hari Raya.

Kalau dulu kita boleh berziarah berpuluh – puluh rumah saudara mara kita yang jauh dan dekat, tetapi tahun ini hendak ziarah saudara yang jauh pun kita menyambut melalui video conference, video call. Bahkan menjamu selera pagi raya pun melalui video conference dengan saudara mara. Biarpun jauh tapi rasa persaudaraan tetap dekat dihati.

Kalau dulu kita boleh ziarah beramai – ramai. Tapi tahun ni pun kita ziarah pun tak boleh ramai. Kalau ramai di rumah lebih 20 individu pasti kena kompaun dengan PDRM.

Kalau dulu solat Raya Aidilfitri di masjid atau surau di kariah masing – masing. Tahun ini semua ketua rumah buat pertama kali dalam sejarah menjadi imam dan membaca khutbah di rumah masing – masing. Layan khutbah pun dibuat secara video online melalui pelbagai platform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya bagi mengeratkan dan rasa sambutan Raya walaupun sederhana pada tahun 2020 ini.

Bersempena Aidilifitri tahun ini, pihak pengurusan, pensyarah – pensyarah dan staff – staff ALFA International College mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat para pelajar, alumni ALFA dan seluruh umat islam di Malaysia.

ALFA International College
Inspire. Innovate. Impact.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *