Kursus ini mempunyai 2 tahap iaitu bermula dengan tahap 3 dan ke tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Diploma Kemahiran Malaysia – Pentadbiran Sistem Maklumat memberi tumpuan kepada penggunaan IT dalam pengurusan pejabat dan perniagaan. Kecekapan asas melibatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan, pentadbiran fail, penyediaan mesyuarat, kemasukan data menggunakan komputer dan perisian tertentu, pemasangan dan pengendalian, dan penyelenggaraan aplikasi sehingga peringkat naik taraf.
Seterusnya apabila mahir, keupayaan dipertingkatkan kepada penyeliaan dan pengendalian orang bawahan. Ia terbahagi kepada dua iaitu aktiviti penyeliaan dan penguatkuasaan. Fungsi Penyeliaan bertindak sebagai pengantara atasan dan kakitangan bawahan. Pada peringkat seterusnya, kursus ini lebih kepada aspek pengurusan teknologi maklumat. Ia termasuk memasang aplikasi, mereka bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data, pengurusan data dan rangkaian, serta pengurusan dan pentadbiran keseluruhan.
Diploma ini adalah program selama 2 tahun 9 bulan bersamaan 6 semester meliputi Latihan Industri selama 6 bulan dan pembangunan Projek Tahun Akhir selama 3 bulan.
PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT [FB-018-4:2012]
PENTADBIRAN PEJABAT [N821-001-3:2020]
Setelah pelatih tamat kursus, mereka berpeluang menceburi kerjaya seperti:
Contact Info
Address:
ALFA University College (AUC)
13, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor
Email:
enquiry@alfa.edu.my
Contact Number:
+60356319208
(Mon - Fri : 08.00-17.00)